23 Oktober 2016 - 05:58
Rusia: UK Memperlambatkan Visa Bagi Para Diplomat Rusia.

Rusia berkata bahawa kedutaanya di London semakin 'mengecil' kerana pihak berkuasa British telah melengahkan proses mengeluarkan visa bagi para diplomat dan para pekerja kedutaan negara itu di ibu kota England.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia berkata bahawa kedutaanya di London semakin 'mengecil' kerana pihak berkuasa British telah melengahkan proses mengeluarkan visa bagi para diplomat dan para pekerja kedutaan negara itu di ibu kota England.

Di dalam apa yang dianggap sebagai kemerosotan hubungan di antara kedua-dua negara tersebut, duta Rusia ke UK, Alexander Yakovenko secara keras mengkritik kepimpinan British di atas kenyataan-kenyataan anti-Rusia yang dibuat oleh mereka sambil mendakwa bahawa kerajaan pimpinan Theresa May secara sengaja melengahkan pemberian visa kepada para diplomat dan pekerja kedutaan Rusia di London.

Beliau berkata bahawa Moscow terpaksa mengurangkan kehadiran diplomatik mereka di London kerana masalah kelambatan visa yang terkadang berlanjutan selama setahun sekaligus bermakna mereka yang pulang tidak dapat digantikan tempatnya oleh yang lain.

Yakovenko yang merupakan duta negara itu sejak 2011, tertanya sama ada British mahukan kehadiran diplomatik Rusia yang 'memadai' di negara itu atau tidak.

"(Kami fikir) perkara ini berlaku kerana isu di Ukraine dan Syria," kata beliau. "Para pegawai tidak dapat digantikan kerana visa mereka tidak dikeluarkan," katanya lagi.

Hubungan di antara Moscow dan London menjadi tegang akibat daripada perselisihan kedua-dua negara  berkenaan isu di Ukraine dan Syria.